Menyambut tahun baru di rumah sewa di Kuala Ibai . 3 hb . Jan 2012 menghantar isteri aku pulang ke Pulau Pinang memandu volvo 240 BCT , memang selalu awal bulan aku kena hantar dia , alasannya hendak mengambil duit kebajikan ibunya . Kos menghantar dia ke pulau pinang menelan belanjan hampir RM 700 , sedangkan dia ambil duit kebajikan sebanyak RM 300.Dia berjanji kepada aku akan balik keesokkannya , dia bersumpah . Aku mengambil keputusan untuk menunggu dia di Butterworth , aku check in di Motel di Bagan Ajam . Aku hantar dia ke feri sebelah seberang . Itu lah lambaian terakhir .Tak sampai 2 jam di mesej .... dia tak boleh balik bersama aku ke Terengganu , dia kata emak dia sakit teruk , anak anak dia tak bagi balik.Kesesokkan aku check out , aku berjimat tidak melalui Plus Highway , ikut jalan bawa arah ke selatanTuhan sahaja tahu perasaan hati ku. Aku memang tak pernah balik ke rumahnya kerana anak anak dia tak suka akan aku.